SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK

Assalamu'alaikum WBT.

Alhamdulillah, dengan izinNya seluruh sekolah di bawah naungan YTP Perak dijemput untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak yang julung-julung kali diadakan ini. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

   SERI Taiping menghantar 15 orang guru mewakili penerima anugerah serta guru -guru lain yang turut berkhidmat di SERI Taiping. Majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi tali silaturahim sesama warga pendidik di meliputi institusi pendidikan ABIM dalam negeri Perak.

   Antara penerima anugerah ialah Us. Ab Rahman bin Abdullah, Ustazah Sumiaton binti Kamari, Cikgu Noriza bt Abdul Rahman dan Cikgu Lizawati binti Shari yang masing-masing menerima anugerah perkhidmatan melebihi 10 tahun menerusi SERI.

   Majlis ini berlangsung pada pukul 9.00 pagi - 1.00 petang di Hotel Casuarina, Meru Raya, Ipoh Perak. Majlis ini dirasmikan oleh Datuk Dr. Ghaffar Sidik, YDP WADAH Malaysia.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN