HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN

Assalamualaikum WBT.

Kali ini admin mahu menceritakan sedikit tentang Hari Bertemu Waris pada penggal pertama ini. Tujuan hari ini amat penting bagi merekodkan pencapaian dan pembelajaran murid sepanjang sesi persekolahan berlangsung.

   Pada hari inilah waris diberi peluang untuk berjumpa dengan para guru yang mendidik, mengajar, mengasuh, meneraju serta menjaga anak-anak mereka sepanjang sesi PdP berlangsung. Waris atau ibu bapa yang hadir akan menanyakan pelbagai soalan mengenai kelakuan anak-anak mereka di sekolah, tatakelakuan anak mereka, dan lain-lain. 

   Secara tak langsung juga, pada hari ini jugalah pertemuan 4 mata antara waris dengan guru kelas anak mereka masing-masing menimbulkan pelbagai persoalan. Selain daripada menelaah atau meneliti keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (Penggal 1), para ibu bapa atau waris juga berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Secara tak langsung juga, hal ini dapat memupuk semangat kerjasama antara guru dan para ibu bapa.

   Majlis diadakan pada jam 3.00 petang hingga 4.30 petang di kelas masing-masing. Rata-ratanya ibu bapa amat berpuas hati dengan hari komunikasi itu.




















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING