KEM BSMM PERINGKAT NEGERI PERAK 2015

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah. Dengan izinNya, SERI Taiping melangkah setapak lagi dalam pembangunan kokurikulum. Pasukan Beruniform BSMM terus mendapat tempat sejak ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2014 di SERI Taiping. Pasukan beruniform ini bertujuan untuk memantapkan  lagi karier pasukan beruniform yang disertai. Alhamdulillah dengan sokongan dan dokongan para pendidik di sekolah serta panduan daripada guru besar dapat mengajar erti kehidupan sebenar berasaskan rohani dan jasmani serta duniawi dan ukhrawi. 

     Kem ini dijalankan di Chalet Seri Chempaka, Batu Kurau Perak yang dihadiri oleh seluruh pelajar sekolah rendah dalam negeri Perak. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 8 - 10 Mei 2015. Kem ini juga dapat mewarnai gerak-geri pelajar dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa, agama, keturunan dan budaya. 

    SERI Taiping menghantar 26 orang murid terdiri daripada murid tahun 5 dan 6 mewakili badan beruniform BSMM. Guru pengiring yang mengiringi murid sepanjang kem kali ini adalah Amir Akhmal bin Baharin.






















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH