Catatan

SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ 1442 H PERINGKAT SEKOLAH

Imej
Assalamualaikum WBT & Salam Israk Wal Mikraj. Terlebih dahulu, mewakili pihak sekolah dan seluruh warga kerja SERI AL UMMAH Taiping, Jabatan Addiniah serta seluruh anggota pentadbiran Jawatankuasa mahupun Pelaksana, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran aktiviti untuk semua murid tahun 1 hingga tahun 6 semasa Sambutan Israk Mikraj, semalam bertarikh 12 Mac 2021. Sambutan secara sederhana ini sesungguhnya mampu memberikan kesan yang positif kepada murid dan guru untuk menghayati serta mengagumi perjalanan Rasulullah SAW serta kesusahpayahan Baginda dalam menegakkan syiar Islam.  Sambutan dijalankan secara serentak di semua kelas bagi tahun 3 hingga tahun 6, manakala bagi tahun 1 dan tahun 2, program dijalankan di surau SERI AL UMMAH, Taiping bagi aktiviti tontonan video dan sesi soal jawab kuiz. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada ibu bapa yang turut sama-sama membantu menyediakan peralatan bagi melicinkan urusan yang ...

KEM BESTARI SOLAT & AMALI WUDUK

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana Dengan limpah dan kurnianya serta inayah daripada-Nya Jabatan Addiniah dengan kerjasama semua guru serta ibu bapa murid-murid tahun 1 yang yang mengadakan program Kem Bestari solat dan Amali Wuduk berjaya  dilaksanakan.  Program ini adalah bertujuan untuk menyempurnakan pergerakan solat serta menyempurnakan cara-cara mengambil wuduk. Program bermula tepat jam 9:00 pagi dengan slot pertama iaitu amali wuduk. Selepas rehat pada jam 10:15 pagi murid didedahkan serta dipimpin bagi menyempurnakan pergerakan dalam solat. Selain daripada dapat mendekatkan murid kepada Allah Ta'ala dengan lebih sempurna dan tertib, pihak sekolah juga mengharapkan agar program ini mendapat sokongan dan dokongan daripada ibu bapa melalui pembelajaran di rumah. Akhir kata terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga anak-anak Seri Al Ummah Taiping mendapat manfaat yang sewajarnya. 'SOLAT TIANG AGAMA'

PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA MAULIDUR RASUL 2020

Imej
 Assalamu'alaikum WBT. Sesungguhnya Kami Bernaik Saksi Bahawa, Tiada Tuhan yang Selayaknya Disembah Melainkan Allah yakni Dia, serta para MalaikatNya, yang berselawat ke atas Nabi Junjungan. Seraya, diseru ke atas orang-orang yang beriman mengucapkan; Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad, Wa a'la A-li Saidina Muhammad. Alhamdulillah, lafaz syukur dirafakkan kepada Illahi kerana dengan inayah-Nya dapat menyempurnakan majlis Penyampaian Hadiah sempena Sambutan Maulidur Rasul yang telah diadakan pada 30 Oktober 2020 lalu. Sambutan yang diadakan secara sederhana itu bukan sahaja dapat dilaksana dengan baik, malahan objektif serta matlamat sambutan itu juga tercapai dengan berkesan. Murid dapat mempamerkan potensi serta mengembangkan bakat semula jadi dalam diri mereka. Mereka juga dapat menyerlahkan kreativiti tersendiri melalui pertandingan-pertandingan yang dijadualkan. Untuk tahun ini, Jabatan Adiniah memperuntukkan tempat pertama hingga kelima bagi semua acara dipertandingkan s...