PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA MAULIDUR RASUL 2020

 Assalamu'alaikum WBT.

Sesungguhnya Kami Bernaik Saksi Bahawa, Tiada Tuhan yang Selayaknya Disembah Melainkan Allah yakni Dia, serta para MalaikatNya, yang berselawat ke atas Nabi Junjungan. Seraya, diseru ke atas orang-orang yang beriman mengucapkan; Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad, Wa a'la A-li Saidina Muhammad.



Alhamdulillah, lafaz syukur dirafakkan kepada Illahi kerana dengan inayah-Nya dapat menyempurnakan majlis Penyampaian Hadiah sempena Sambutan Maulidur Rasul yang telah diadakan pada 30 Oktober 2020 lalu.





































Sambutan yang diadakan secara sederhana itu bukan sahaja dapat dilaksana dengan baik, malahan objektif serta matlamat sambutan itu juga tercapai dengan berkesan. Murid dapat mempamerkan potensi serta mengembangkan bakat semula jadi dalam diri mereka. Mereka juga dapat menyerlahkan kreativiti tersendiri melalui pertandingan-pertandingan yang dijadualkan.

Untuk tahun ini, Jabatan Adiniah memperuntukkan tempat pertama hingga kelima bagi semua acara dipertandingkan sekali gus dapat mengiktiraf murid menonjolkan bakat k-akademik melalui program berilmiah.

Majlis disempurnakan oleh Puan Noor Addri Suzzana bt Mohd Adnan selaku Penolong Kanan Adiniah serta disokong oleh semua guru adiniah seperti Puan Norlaili, Cik Nurul Amelia, Puan Rosnah dan Puan Sumiaton. Penyampaian secara ringkas diadakan di Surau Al Ummah, tepat pada jam 4:00 petang.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN