Catatan

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1442H, 2020M PERINGKAT SEKOLAH

Imej
Assalamualaikum WBT, Salam Maulidur Rasul. " UMMAH RABBANI, NEGARA HARMONI " itulah tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2020. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua, sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah anjuran Jabatan Adininah telah berjaya dilaksana mengikut jadual. Walaupun sambutan secara sederhana, tetapi dengan kesungguhan dan kerjasama daripada semua pihak, program telah dijayakan dengan begitu baik. Untuk tahun 2020, Jabatan Adiniah merencana beberapa acara iaitu, a) Pertandingan Mewarna Tahun 1 dan Tahun 3 b) Pertandingan Azan Tahun 2 (Lelaki) c) Pertandingan Bercerita Tahun 2 (Perempuan) d) Pertandingan Tulisan Khat Tahun 4 dan Tahun 5 e) Pertandingan Kuiz Sirah Kenabian Abad Ke-21 Tahun 6 Kesemua pertandingan dijalankan secara serentak bermula jam 10:30 pagi hingga jam 12:15 Tengah hari.  Semoga dengan adanya sambutan Maulidur Rasul ini, secara tidak langsung dapat menyemarakkan lagi semangat cinta akan Rasulullah SAW serta ahl...

BORANG KEMASUKAN TAHUN 1 SESI AKADEMIK 2021

Imej
KEPADA IBUBAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDAFTAR ANAK TAHUN 1, SESI AKADEMIK 2021, BOLEH ISI BORANG TERSEBUT. TEMPAT ADALAH SANGAT TERHAD. https://forms.gle/bhjWM1RTMeK7ahYw6

MAJLIS PELANCARAN DAN PERASMIAN BENGKEL RBT OLEH ROTARY CLUB OF TAIPING

Imej
Assalamu'alaikum WBT. Alhamdulillah, dengan izin-Nya serta inayah-Nya, Bengkel RBT SERI AL UMMAH, Taiping telah berjaya dirasmikan serta dilancarkan oleh Presiden Kelab Rotary Taiping, Hajah Noorul Intan binti Hj. Mohamed Ridzuwan dengan begitu gilang-gemilang. Lafaz terima kasih ini juga ditujukan khas kepada Puan Raja Norhajjah bt Raja Ahmad, yang mewakili Badan Keluarga & Kebajikan (BAKA) sekolah serta Encik Muhammad Ikhwan bin Abdullah, Pengerusi BAKA yang menyumbang sebuah kipas siling untuk kegunaan di bengkel. Jumlah yang disumbangkan oleh Kelab Rotary Taiping adalah sebanyak RM 8,000 meliputi  barangan keperluan murid seperti alatan memasak, pertukangan, elektrik, elektronik, pertanian dan jahitan. Selain itu, kelengkapan persiapan asas seperti cat, meja, kerusi, sinki, rak, gondola dan kabinet dapur juga termasuk dengan kos yang disumbangkan. Majlis dimulakan tepat jam ...