Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, tercipta lagi satu sejarah bahawa Kejohanan Sukan Tahunan Ke-18 Sek. Ren. Islam Al Ummah Taiping dalam keadaan 'sejuk dan nyaman'. Keadaan yang sebegini tidak mematahkan semangat para atlet SERI TAIPING untuk mengambil bahagian dalam acara-acara yang bakal dipertandingkan. Majlis bermula tepat jam 8.30 pagi dengan ketibaan perasmi, Encik Mohd. Noor Nizam selaku pegawai khas ADUN Aulong, YB Nga Kor Ming. Acara perbarisan mula memenuhi ruang pada jam 8.45 pagi yang telah menerima tabik hormat oleh perasmi. Seterusnya, semua acara sukaneka berlangsung diikuti dengan acara balapan. Tahun ini, warga SERI TAIPING mengambil langkah menggilap beberapa orang murid sedari kecil untuk mengambil bahagian di peringkat zon, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Pendekatan kali ini bukan sahaja dapat mengira potensi, malah mengembangkan bakat murid sejak tahun satu lagi...
Ulasan
Catat Ulasan