Catatan

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH LMS 2019 #BSN2019

Imej
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera. Alhamdulillah, kita lafazkan setinggi-tinggi rasa syukur dengan limpahan rahmat-Nya yang Maha Pengasih & Maha Penyayang. Bersyukur kita juga kerana pada hari ini kita diizinkan oleh Allah SWT menyempurnakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat LMS bagi tahun 2019. HSN kali ini merupakan penambahbaik oleh kerajaan yang "menjenamakan" semula serta ditambah baik kepada Bulan Sukan Negara (BSN). Bulan Oktober, merupakan BSN yang telah ditetapkan kerajaan. HSN adalah salah satu program yang memenuhi kehendak BSN untuk dilaksana di sekolah. Tahun ini, HSN di Peringkat LMS banyak mempertandingkan sukan aba d ke-21 seperti e-Sport, Mobile Lagend Challenge, Pertandingan Bayblade, Fun Run 5 KM, dan sebagainya.  SERI TAIPING telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai HSN kali ini. Antaranya Bayblade & Taekwondo. Alhamdulillah, ada beberapa orang murid yang berjaya menda...

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2019 #MySportChallenge

Imej
Assalamualaikum WBT. Hari ini, hari yang sangat dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu oleh semua murid dan guru. Mana tidaknya, fahaman mereka semuanya sama. HARI MAIN. 😀 Alhamdulillah, HSN Peringkat Sekolah telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Kokurikulum dengan kerjasama semua guru, murid dan staf. Inilah yang sepatutnya diraikan. HSN Peringkat Sekolah tahun ini ditambah baik dengan melaksana beberapa permainan dalaman seperti Carrom, Sahibba, Catur, Bola Kertas, Luxor, Binggo, Dam Haji / Ular, Batu Seremban, Ceper & lain-lain. Para ibu bapa juga tidak lupa memberi 'bekalan' permainan untuk dimainkan oleh anak-anak mereka bersama kawan-kawan di sekolah. Nampaknya, mereka bukan sahaja diberi 'lampu hijau' daripada guru, malahan d...