Catatan

JAMUAN AIDILFITRI PERINGKAT ABIM DAERAH TAIPING 2019

Imej
Assalamualaikum WBT,  Salam Aidilfitri. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya Sambutan Aidilfitri ABIM Daerah Taiping telah berjaya dilaksana mengikut jadual. Alhamdulillah, berkat musyawarah daripada seluruh kakitangan TASKI ABIM Kawasan Taiping dan SERI AL UMMAH majlis tahunan ini telah sempurna dilaksanakan. Saban tahun, ABIM Daerah Taiping mengadakan Jamuan Aidilfitri di Pusat Dakwah ABIM yang beralamat di SERI AL UMMAH, TAIPING.  Seawal jam 10.00 pagi lagi, para tetamu jemputan dari pelbagai agensi NGO, Ibubapa TASKI & SERI, bekas pelajar serta kenalan-kenalan rapat ABIM telah tiba bagi menikmati juadah yang disediakan. Tahun ini, juadah yang disediakan begitu banyak dan menarik. Syukur. Inilah hasil kerjasama dan jalinan ukhwah sesama kita. Terima kasih kepada semua yang turut hadir bersama-sama menjayakan majlis.

SAMBUTAN AIDILFITRI & HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2019

Imej
Assalamualaikum WBT. Salam Aidilfitri. Di kesempatan ini, pihak sekolah sebelum itu ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada ibu bapa, murid-murid, agensi-agensi ABIM seluruh Malaysia dan seluruh umat Islam walau di mana mereka berada. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya Sambutan Aidilfitri & Hari Guru 2019 dapat dijalankan mengikut jadual. Alhamdulillah atas rahmat-Nya. Sambutan Aidilfitri kali ini diadakan sekali gus dengan Sambutan Hari Guru kerana kekangan waktu. Walaupun secara sederhana, majlis tetap berlangsung dengan meriah.  Majlis dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Us Rawhul Bukhari dan Adik Muhd. Ibrahim Hj. Othman. Seterusnya. Sesi pertukaran hadiah dalam kalangan guru dan persembahan terus dilangsungkan. Sesi menjamu selera dimulakan pada jam 10.30 pagi. Pelbag...