Catatan

JAMUAN PERDANA AKHIR TAHUN

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah, dengan izinNya Allah memberikan kesihatan yang baik untuk admin meng’update’ laman sesawang rasmi SERI Taiping ini. Mungkin belum ramai yang tahu akan kehadiran laman ini kerana laman ini belum diuar-uarkan secara rasmi. Cuma apa yang admin mahu sampaikan, adalah berkenaan dengan tiap-tiap aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi persekolahan. Kali ini, admin mahu mengutarakan berkenaan JAMUAN PERDANA AKHIR TAHUN. Tanggal 7 November 2014, tarikh yang dipilih untuk mengadakan jamuan ini. Jamuan ini disertai oleh semua kelas, kelab dan persatuan yang ada di SERI Taiping. Pada pukul 9.00 – 10.30 pagi, mereka menjalani latihan sukan terlebih dahulu. Hari ini kantin diarahkan tutup kerana murid dibenarkan pulang seawal jam 12.30 tengah hari. Hal ini kerana murid-murid yang terlibat dengan jamuan akan disediakan pelbagai juadah yang lazat daripada guru kelas/persatuan masing-masing. Macam-macam tealatah yang ...

SISTEM DAN MATLAMAT PENDIDIKAN

Imej
Sistem Pendidikan Sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh SERI merangkumi tiga aspek iaitu:    Pendidikan Agama (Asas fardu Ain dengan pengukuhan aspek amalan dan penguasaan Bahasa Arab).    Pendidikan Akademik berpandukan kaedah Sistem Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia).    Pembentukan sahsiah Islamiah (Penekanan tentang adab, mengawal persekitaran dan amalan harian seorang muslim) Matlamat SERI    Memenuhi tuntutan menyediakan pendidikan  alternatif berdasarkan pendidikan bersepadu Agama dan Akademik.    Menyediakan pendidikan yang menekankan pembentukan  Sahsiah Islamiah di samping memenuhi tuntutan kemahiran semasa.    Melahirkan pelajar-pelajar cemerlang Aqidah dan Akhlak

SENARAI GURU SERTA OPSYEN DAN TUGASAN

Imej
Tuan Haji Abdul Hamid bin Ali Guru Besar Sains dan Inovasi   2015 Nurul Husna binti Abu Bakar Penolong Kanan Pentadbiran Bahasa Inggeris, Pengurusan 2009 Lizawati binti Shari Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Psikologi, Pend. Islam 2004 Amir Akhmal bin Baharin Penolong Kanan Kokurikulum Kesusasteraan Melayu, ICT 2013 Noor Addri Suzzana binti Mohd Adnan Penolong Kanan Addiniah B. Arab 2014 Puziah bin Abd. Majid Guru Akademik B. Melayu 2011 Sumiaton binti Kamari S/U Peperiksaan SPRA Pendidikan Islam, Pengajian Islam 2001 Noriza binti Abdul Rahman Guru S/U Peperiksaan Akademik Sains dan Pendidikan Seni 2004  Norazlinda binti Haji Salim Guru Pusat Sumber Sains Komputer 2010 Norhazwana bt Mat Jaafar Guru Akademik Bahasa Inggeris,TMK 2020 Rosnah binti Haji Saad Guru S/U Peperiksaan KAFA B. Arab 2013 Nurul Akma binti Razak Guru Akademik Pendidikan Awal Kanak-kanak 2012 Siti Salwa binti Hadzir @ Hathir Guru...

SEJARAH PENUBUHAN SERI TAIPING

Sekolah Rendah Islam Al-Ummah, Taiping merupakan salah satu daripada rangkaian institusi dalam sistem  pendidikan ABIM. Ia  mula beroperasi pada 3 Januari 2001 beralamat No. 248, Jalan Muzaffar Shah, Assam Kumbang, 34000 Taiping, Perak.          Penubuhan SERI ini lahir daripada tuntutan masyarakat yang inginkan sistem pendidikan bersepadu sebagai penerusan kepada pendidikan prasekolah TASKI yang  sedia  ada untuk memenuhi tuntutan tersebut.          Dengan bantuan daripada pelbagai pihak yang komited dengan ABIM dan simpatisan yang berpengalaman dalam pelbagai aspek pendidikan seumpama ini, SERI mampu menawarkan kemudahan yang sedia ada untuk memenuhi tututan tersebut.          Kini SERI melangkah setapak lagi dengan membuka kawasan persekolahan yang lebih sempurna dan berusaha untuk melengkapkan kemudahan fasiliti dan prasarana ...

VISI DAN MISI SERI TAIPING

VISI    Mewujudkan rangkaian Intitusi pendidikan   Islam bersepadu yang unik , cemerlang , gemilang dan   terbilang .  MISI i.   Menyedia dan melaksanakan kurikulum tarbiyah yang lengkap dan seimbang di antara pendidikan rohani,aqli,emosi, jasmani dan keterampilan di peringkat asas, rendah dan menengah. ii.    Membangun dan menyelaras institusi pendidikan bersepadu yang berkualiti berasaskan nilai kasih sayang,amal jama’ie, harmonis dan semangat perjuangan yang kental. iii.     Membina generasi khayraummah bertaqwa,berketrampilan,relevan , penuh iltizam dan istiqamah . iv.    Membangun dan menyediakan   kekuatan dana yang mantap sebagai   asas kejayaan visi khayra ummah .