JAMUAN PERDANA AKHIR TAHUN


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, dengan izinNya Allah memberikan kesihatan yang baik untuk admin meng’update’ laman sesawang rasmi SERI Taiping ini.


Mungkin belum ramai yang tahu akan kehadiran laman ini kerana laman ini belum diuar-uarkan secara rasmi. Cuma apa yang admin mahu sampaikan, adalah berkenaan dengan tiap-tiap aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi persekolahan.


Kali ini, admin mahu mengutarakan berkenaan JAMUAN PERDANA AKHIR TAHUN.

Tanggal 7 November 2014, tarikh yang dipilih untuk mengadakan jamuan ini. Jamuan ini disertai oleh semua kelas, kelab dan persatuan yang ada di SERI Taiping.

Pada pukul 9.00 – 10.30 pagi, mereka menjalani latihan sukan terlebih dahulu. Hari ini kantin diarahkan tutup kerana murid dibenarkan pulang seawal jam 12.30 tengah hari. Hal ini kerana murid-murid yang terlibat dengan jamuan akan disediakan pelbagai juadah yang lazat daripada guru kelas/persatuan masing-masing.
Macam-macam tealatah yang dapat dilihat pada hari berkenaan. Ada kelas yang menyediakan kek, sate, nasi ayam, ayam panggang, KFC, Domino’s Pizza dan sebagainya yang tak dapat admin kenal pasti.

Alhamdulillah, syukur. Majlis berjalan dengan lancar dengan bantuan para guru yang tak putus-putus memberi sokongan & perhatian. 


 Tahun 1 

 Bersama Puan Suzzana dan Puan Siti Salwa


 Bersama Puan Norazlinda

 Tahun 2A

 Bersama Puan Puziah

 Bersama Puan Akma dan murid-murid kelasnya

 Tahun 1A

 Tahun 2B

 Bersama Al Fadhil Tuan Haji Ustaz Mohamed Said

 Bersama PK 1, Cikgu Nurul Husna

 Puan Norazlinda memotong kek di kelasnya

Antara pelajar perempuan Tahun 5

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN