SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1441 H PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, pada hari ini, Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah berjaya dilaksana.

Kelazimannya, pada setuap hari Rabu merupakan hari "aktiviti" atau hari kokurikulum melibatkan murid & guru. Nampaknya, mereka hari ini dilihat begitu ceria yang jelas menunjukkan betapa seriusnya semua cikgu dalam memartabatkan syiar Islam. 




























Mewakili pentadbir dan sekolah, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga  SERI TAIPING  kerana telah berjaya merealisasikan satu amanah yang begitu ampuh dan begitu membanggakan ini. Sesungguhnya majlis pada hari ini menjadi satu platform ke arah pembangunan modal insan dan menjadi saksi kepada kejayaan dalam 
perkembangan dunia agamawan 

Program ini bermula jam 4.00 petang di Surau Seri Al Ummah, Taiping. Pada mulanya, tayangan video diadakan. Kemudian, sesi soal jawab kuiz diteruskan. Selesai kedua-duanya, Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1441 H diumumkan. Anugerah ini dipilih berdasarkan sikap, tingkah laku, akademik, sahsiah, adiniah dan pelbagai lagi. Anugerah sulung ini bukan sahaja mengejutkan murid itu sendiri, malah turut memberi kejutan kepada murid-murid dan guru-guru lain.

Program berakhir jam 5.00 petang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH