ANUGERAH MAJIKAN CEMERLANG KWSP 2019

Assalamualaikum WBT.

Sesungguhnya, apa yang dimiliki hari ini, adalah hasil kerjasama semua pihak, khasnya kepada Barisan Pentadbir Seri Al-Ummah, Taiping.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana SERI TAIPING telah terpilih untuk menerima anugerah Majikan Cemerlang KWSP Tahun 2019. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Nizam b Zainal Abidin selaku Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) serta tidak lupa kepada Tuan Haji Abdul Hamid b Ali selaku Guru Besar SERI Taiping.

Anugerah ini disampaikan di Hotel Casuarina @Meru di Ipoh dan diamanahkan kepada Cik Nurul Husna bt Abu Bakar selaku Penolong Kanan Pentadbiran.




Tahniah diucapkan kepada warga SERI TAIPING amnya, dan seluruh lembaga pentadbir khususnya. Insya-Allah, semoga dengan adanya anugerah ini, kualiti pekerjaan dan kebajikan para pekerja akan terus dibela dan dipeduli.

TAHNIAH !


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH