RIANG RIA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI KE-61

Assalamualaikum & Salam Kemerdekaan 

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat ke atas Rasulullah, Nabi junjungan kita, Muhammad SAW. 

Hari ini, 29 Ogos 2018 genaplah sebulan warna-warni kemerdekaan yang dilancarkan awal bulan lalu melabuhkan tirainya. Sesungguhnya sambutan kali ini amat bermakna kerana di usia 61 tahun ini, Malaysia telah berubah kepada pimpinan kerajaan baharu.


































































Sejak awal bulan lalu, kempen kemerdekaan dihiasi dengan pelbagai acara yang telah disusun. Antaranya ialah kuiz di perhimpunan, pertandingan mewarna logo, pertandingan melukis logo, pertandingan memperagakan pakaian berunsurkan bendera, pertandingan menyanyikan lagu patriotik, pertandingan menulis khat dan pertandingan menjawab kuiz serta silangkata kemerdekaan.

Hari ini, semua aktiviti sepanjang kemerdekaan itu telah sampai ke penghujungnya. Terima kasih diucapkan kepada semua guru, semua ibu bapa dan semua murid yang terlibat sama ada secara langsung, ataupun tak langsung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN