PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH 2018

Assalamualaikum WBT.

Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, Bulan Kemerdekaan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh sebilangan murid SERI Taiping kerana pada bulan inilah pelbagai aktiviti akan dilaksana mengikut jadual yang ditetapkan.

Alhamdulillah, pada tahun 2018 kali ini, pelancaran telahpun dilaksanakan oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Ali selaku guru besar dalam perhimpunan mingguan rasmi. 





Bermula hari ini, aktiviti sempena bulan kemerdekaan akan dimulakan seperti kuiz mingguan, pertandingan mewarna, pertandingan melukis dan mewarna, pertandingan menyanyikan lagu patriotik dan pertandingan pakaian beragam. 

Semoga dengan sambutan tahun ini dapat memberi manfaat kepada semua warga SERI Taiping dalam menghayati slogan "SAYANGI MALAYSIAKU" dalam perayaan ke-61 ini.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN