SESI LATIHAN AKADEMI TUNAS PERAK, TAEKWONDO DAN SILAT YANG PERTAMA

Assalamualaikum WBT.

Hari ini, SERI Taiping melaksanakan beberapa atur acara rancak yang melibatkan para murid tahun 3-6.



1. Sesi Latihan Akademi Tunas Perak dengan kerjasama PAFA Negeri Perak

Atas usaha memantapkan pembangunan kokurikulum sekolah, sesi latihan ini diadakan bagi mencapai tahap cemerlang untuk terus maju dalam arena sukan  bolasepak. Akademi Tunas Perak merupakan usaha mencari pelapis pemain bolasepak dalam kalangan pelajar tahun 1 hingga ke tahun 6. Akademi ini berupaya mengasah serta menggilap bakat pemain-pemain ini dari segi taktikal, teknikal, peraturan dan sebagainya. Kerjasama antara dua pihak ini membolehkan SERI Taiping berupaya "memecah tradisi" sejak sekian lama ditubuhkan.



2. Sesi Latihan Silat Lincah (PESAKA)

Silat di SERI Taiping merupakan satu monumen baru bagi memantapkan usaha Jabatan Kokurikulum bagi mengasah bakat murid dari aspek pertahanan diri. Silat di bawah Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) ini dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Shahrul bin Sahar yang juga merupakan guru di SERI Taiping. 



3. Sesi Latihan Taekwondo (SPT-WTF)

Alhamdulillah, pertubuhan seni pertahanan ini sudah memasuki tahun kedua penubuhannya di SERI Taiping. Banyak nostalgia tercipta sepanjang pertubuhan ini "memasuki ruang" SERI Taiping. Atas kerana itulah, SERI Taiping merencana semula pembentukan penubuhannya pada tahun ini. Sungguhpun guru-gurunya bukan dalam kalangan guru-guru SERI Taiping, tetapi usaha dan komitmen yang diberi, amatlah membanggakan dan memberangsangkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN