KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSD LMS 2018

Assalamualaikum WBT, 
Salam Sukan dan 
Salam 1M1S.

Hari ini, 1 lagi detik bersejarah SERI Taiping melangkah setapak lagi dalam kamus sukan & kokurikulum sekolah.










Keletihan, kepayahan, kemurungan, kerisauan murid hari ini terbukti dengan hasil usaha cikgu-cikgu sebagai jurulatih utama. SERI Taiping setelah "menempa" nama di bahagian sukan & kokurikulum MSSD Larut Matang & Selama, nama SERI Taiping terus "menggila" ibarat badai yang menghentam.

Tahun ini merupakan titik permulaan SERI Taiping untuk terus bangun dari mimpi yang lena. Walau dengan apa cara sekalipun, SERI Taiping yang tersanjung indah ini akan kami buktikan di persada dan seluruh pelusuk. Tak kira apa jua badai menghentam, kapal telah dilayarkan, sauh telah ditabuh-tabuhkan, pantang SERI TAIPING BERBALIK PULANG !

Acara Balapan dan Padang peringkat zon hari ini merupakan detik permulaan kebangkitan kami dalam arena sukan sejak SERI Taiping ditubuhkan pada 2001. Belum pernah lagi SERI Taiping menembusi acara-acara sukan daerah sebelum ini dek kerana 'kekangan' masa ataupun peluang & ruang yang telah "disekat".

Namun, alhamdulillah. Berkat doa, usaha dan kegigihan para ibu bapa yang menyokong aktiviti sukan sekolah, akhirnya kini impian bukan lagi retorik. Ia adalah realiti dan pastinya mencipta beberapa sejarah yang ulung serta membanggakan sekolah.

Terima kasih ibubapa.
Terima kasih Cikgu Ain & Cikgu Izzati.
Terima kasih penyelia sukan PPD LMS.
Terima kasih pegawai teknikal olahraga.
Terima kasih SK King Edward VII(2).
Terima kasih barisan GPK Sekolah.
Terima kasih guru besar .

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH