CATUR TERBUKA ANJURAN PERSEKUTUAN CATUR NEGERI PERAK

Assalamualaikum WBT. 

Pertandingan Catur (Terbuka) yang julung-julung dikendalikan oleh Persekutuan Catur Perak disertai oleh lebih 200 orang terdiri daripada murid bawah 12 tahun , bawah 17 tahun dan terbuka atas 18 tahun.


Penyertaan pertandingan ini jauh lebih berbeza jika dibandingkan dengan pertandingan-pertandingan sebelum ini. Hal ini kerana pertandingan yang diadakan hari ini dianjurkan oleh Persekutuan Catur Perak dengan kerjasama Kolej Komuniti Taiping.

Kali ini, SERI Taiping menghantar 10 orang wakil terdiri daripada seorang tahun 1, seorang tahun 2, 4 orang tahun 3, 3 orang tahun 6. Penyertaan kali ini amat menggalakkan berikutan pelaksana yang lebih terbuka dan banyak mendapat sponsor daripada agensi-agensi luar sama ada kerajaan mahupun swasta.









Program dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Program turut dihadiri oleh 2 orang guru penasihat catur, Puan Nurul Akma Razak & Puan Siti Salwa Hadzir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH