KEM KECEMERLANGAN BERSAMA MURID MRSM TAIPING

Assalamualaikum WBT.

Hari ini, waktu ini, saat ini dan ketika ini, anak-anak SERI Taiping antara yang terpilih untuk menyertai kem kecemerlangan bersama murid MRSM Taiping anjuran MRSM dengan kerjasama beberapa institusi lain.

Beberapa orang murid yang terlibat termasuklah dalam kalangan murid tahun 5 dan tahun 6. 

Mereka diberi suasana yang lebih dinamik serta bermotivasi untuk ke arah kecemerlangan bersepadu dari segi nurani dan akhlak. Mereka didedahkan dengan cara pembelajaran menarik dan unik menerusi aspek pendidikan nasional mahupun kebangsaan.


Kem yang berlangsung 3 hari 2 malam ini  disertai oleh 15 pelajar SERI Taiping dan 145 jumlah murid keseluruhannya yang pastinya sekali gus memaparkan kredibiliti dan kebertanggungjawaban para pelajar agar lebih gigih dalam usaha memantapkan akademik sama ada duniawi ataupun ukhrawi. 














Selaras dengan itu, mewakili pentadbir dan sekolah, admin ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan HEM atas usaha menerapkan nilai-nilai seperti kem kecemerlangan ini serta dapat 'memenuhi ruang' serta 'peluang' luar yang berpotensi untuk anak-anak SERI Taiping ini.

Tahniah dan Syabas !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN