CATUR TERBUKA ANJURAN KELAB CATUR TAIPING & KOLEJ KOMUNITI

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera.

Berlimpah rahmat tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana pada tahun 2018 ini SERI Taiping sekali lagi dijemput menyertai Pertandingan Catur (Terbuka) anjuran Kelab Catur & Kolej Komuniti Taiping.

Kali ini SERI Taiping menghantar 15 orang peserta mewakili sekolah. Kehebatan anak-anak ini terserlah dengan kekuatan sokongan daripada ibu bapa dalam setiap pembangunan moral.

Pertandingan dimulakan pada jam 9.00 pagi di Dewan Tertutup Kolej Komuniti Taiping. Kali ini, guru pengiring ke pertandingan ini ialah guru kelab catur itu sendiri. Mereka ialah Pn. Siti Salwa, Pn. Nurul Akma & Cik Amelia.

Pada akhir pertandingan, 2 orang daripada murid SERI Taiping dinobatkan sebagai Tempat Ketiga mewakili Tahap 2 dan Tempat Kedua mewakili Tahap 1. Tahniah pada guru pengiring merangkap guru kelab catur atas usaha menggemilangkan Kelab Catur pada tahun ini.





















Mewakili sekolah & pentadbir sekolah, saya amat berasa bangga dengan pencapaian murid SERI Taiping sekali gus slogan "KOKURIKULUM MENGAKTIFKAN MODAL INSAN" terlaksana dengan jayanya. Tahniah sekali lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN