ANUGERAH UPKK TERBAIK, SRAI TERBAIK

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah serta kurnia-Nya di penghujung tahun 2018 ini, SERI TAIPING melabuhkan tirai dengan nostalgia terindah.

Apa yang mahu dikongsi, tahun 2018 dengan pencapaian tertinggi dalam pelaksanaan kokurikulum dan penyertaan luar di peringkat ekstra kurikulum juga menyumbang beberapa anugerah untuk guru dan sekolah. 



Seyogia dengan itu, baru-baru ini SERI TAIPING mencipta satu lagi 'sejarah' dengan mendapat Anugerah Pencapaian UPKK & SRAI (KAFA) Terbaik peringkat Daerah Taiping. Untuk rekod, pencapaian ini julung kali diterima oleh SERI TAIPING dengan pencapaian 89.44% Lulus (UPKK) sementara 96.58% Lulus (SRAI). 

Sementelahan itu, gred pencapaian murid untuk semua A juga turut meningkat daripada 55.21% (2017) kepada 69.66% (2018) untuk UPKK. Untuk SRAI pula peratusan semua A meningkat dengan memberangsangkan iaitu daripada 58.24% (2017) kepada 73.22% (2018). 

Usaha ini tidak akan membuahkan hasil sekiranya guru-guru KAFA yang dinaungi oleh Jabatan Addiniah (Puan Noor Addri Suzzana Bt. Mohd. Adnan) serta team KAFA yang lain iaitu Puan Lizawati bt Shari serta Puan Rosnah binti Haji Saad tidak bertungkus-lumus mendidik serta tak jemu-jemu memberi tips yang bermanfaat. Tahniah diucapkan!!

Sijil penghargaan disampaikan oleh Pembantu Tadbir Agama Daerah Taiping kepada Puan Rosnah Hj. Saad pada minggu lalu. Tahniah sekali lagi.

"KEUNGGULAN PEMBENTUKAN KHAYRA UMMAH"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN