ENROLMEN PERKEMBANGAN KOKURIKULUM 2014-2018

Assalamu'alaikum WBT.

Alhamdulillah, genap tahun ini pencapaian kokurikulum selama lima tahun ini (2014,2015,2016,2017,2018) boleh dikongsi dan dicoretkan ke dalam ruangan rasmi ini.


Tujuan tulisan kali ini diwartakan, hanyalah untuk berkongsi antara kejayaan dan segala aktiviti yang dilaksanakan sepanjang 5 tahun berturut-turut ini.

Tak dinafikan, pelbagai cabaran dan risiko yang diterima sebelum hendak memulakan sesuatu yang "baharu" pada sekitar awal 2014 lalu. Satu demi satu cabaran itu ditangkis demi membawa nama SERI TAIPING ke peringkat yang membanggakan.

Kokurikulum pada asalnya hanya jadual "iringan" untuk murid-murid sekolah. Namun, pada awal 2016, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan sistem PAJSK dan e-Sukan yang akan mengembangkan potensi murid yang sejajar dengan arus perkembangan dunia ICT sekarang.

SERI TAIPING juga tidak melepaskan peluang melaksana pelbagai program dalaman seiring dengan program-program luar anjuran pelbagai agensi dan jabatan sama ada kerajaan atau bukan kerajaan.

Pada tahun 2016-2018, GPK Kokurikulum telah beberapa kali mendapat pencalonan anugerah pengurusan terbaik Negeri Perak. Pada tahun 2018 ini juga, satu lagi kemanisan bakal tercipta iaitu pencalonan antara 3 sekolah terbaik kategori Sekolah Agama Integrasi (Sepenuh Masa). 

Berkaitan itu juga, graf di atas telah membuktikan bahawa ruangan yang terhad serta beberapa fasiliti yang kurang mencukupi bukan menjadi alasan bahawa SERI TAIPING terus diketepikan, malah menjadikan satu 'cabaran' untuk kami terus melangkah jauh.

Doakan kejayaan SERI TAIPING agar terus gemilang dan cemerlang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN