UJIAN TALI PINGGANG TAEKWONDO 2017
Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah dengan izin-Nya serta dengan inayah-Nya pelajar-pelajar SERI Taiping hari ini menduduki ujian tali pinggang untuk menaiktaraf tahap kedudukan mereka.
Terima kasih tak terhingga kepada Master Jiva, Miss Tan dan Encik Shamsul atas tunjuk ajar selama ini berganding bahu memerah keringat semata-mata untuk SERI Taiping. Tidak lupa juga kepada Guru Besar yang turut menyokong aktiviti ko-akademik dan luar darjah ini.
Majlis dimulakan pada jam 8.00 malam, disusuli dengan jamuan akhir tahun WTF Taiping dengan kerjasama Rakan Muda Kamunting. Tahniah diucapkan !
Ulasan
Catat Ulasan