PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK AKTIVITI BULAN KEBANGSAAN

Assalamualaikum Dan Salam Sehati Sejiwa.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan Jabatan Kokurikulum sempena menyambut Bulan Kebangsaan Kali Ke-59 .

Aktiviti seumpama ini diadakan sempena menyambut Hari Kebangsaan 2016 Ke-59. Untuk murid-murid SERI Taiping, mereka diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum sepanjang kempen kemerdekaan ini. 

Antara aktiviti yg disediakan oleh pihak Jabatan Kokurikulum ialah :

Tahap 1:
1. Mewarna Logo
2. Menyanyi lagu patriotik
3. Kuiz Mingguan 
4. Mencari perkataan tersembunyi 

Tahap 2:
1. Melukis & Mewarna Logo 
2. Menulis  esei biodata Perdana Menteri
3. Memperagakan pakaian tradisional
4. Menulis Khat 
5. Kuiz Mingguan
6. Melengkapkan silangkata & cogankata

Tahap 1 & 2 :
Kelas Paling Patriotik 2016






































Dalam kesempatan ini juga, mewakili Jabatan Kokurikulum, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang turut bekerjasama membantu mengerah tenaga untuk menjayakan program sepanjang bulan kemerdekaan. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan guru-guru semua dapat keredhaan daripadaNya , insya Allah.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang . Anda sememangnya hebat dan boleh berbakti untuk sama-sama mengharumkan nama sekolah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH