SAMBUTAN HARI GURU 2016 "Guru Pembina Negara Bangsa"

"Guru Pembina Negara Bangsa"



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam kesempatan ini, mewakili sekolah dan Jabatan Kokurikulum, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2016 kepada seluruh warga pendidik SERI Taiping.

Semoga dilimpahi keberkatan dari Ilahi untuk teruskan perjuangan mendidik anak bangsa supaya terus gemilang pada masa akan datang.

Sambutan kali ini agak meriah kerana murid yang ramai, penambahan guru baharu, dan pelbagai sukaneka yang dijalankan mengikut organisasi seperti Lembaga Pengawas, Lembaga Pengawas Perpustakaan, Grup Tahun 6, Jabatan Kokurikulum dll.

Antara acara yang dijalankan adalah balingan kasih sayang, acara pijak belon pihak lawan, balang beracun, teka peribahasa dan sesi karaoke. 

Anugerah pada tahun ini ada lima. Antaranya :
1. Guru Paling Sporting : Cikgu Suzzana
2. Guru Paling Tegas : Cikgu Hamid
3. Guru Paling Bergaya : Cikgu Akma 
4. Guru Paling Ceria : Cikgu Suzzana
5. Guru Paling Kreatif: Cikgu Noriza

Antara persembahan yang dihidangkan ialah:
1. Nasyid
2. Boria Tahun 4
3. Pentomen 

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Selamat Hari Warga Pendidik 2016
























Ulasan

  1. Best sangat sambutan hari guru.. terima kasih kepada semua anak murid yang berjaya menjadikan hari guru ini kenangan yang tak dapat guru-guru lupakan..terima kasih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN