KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-15

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera kepada semua pengikut setia laman blog SERI Taiping.

Alhamdulillah segala penat lelah serta hasil keringat selama ini telah dimuktamadkan pada tarikh 14 Mei 2016 ini. 

Segala usaha dan kerjasama membanting tulang untuk menjayakan sukan tahunan Ke-15 telah dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya.

Temasya Sukan Kali Ke-15 Kali ini dibuat di SMK Darul Ridwan, Taiping dan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Paduka Tuan Orang Besar Jajahan Larut, Matang &  Selama. 

Sukan tahunan kali ini dimulakan tepat pada jam 8.00 Pagi dengan perarakan perbarisan daripada kontinjen-2 rumah sukan.

Rumah sukan pada tahun ini telah diberi nafas baharu iaitu penjenamaan semula mengikut nama-nama tokoh pejuang Islam terdahulu sempena menyambut Sambutan Sukan Ke-15.

Secara keseluruhannya, sukan pada tahun ini menunjukkan peningkatan yang drastik kerana SERI Taiping banyak menyertai acara luar di peringkat-peringkat zon, negeri dan sebagainya.

Sukan pada tahun ini Rumah Ibnu Battutah (Biru) telah muncul sebagai Juara Keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada guru - guru pasukan, kapten dan seluruh ahli rumah Ibnu Battutah.

Mewakili Jabatan Kokurikulum, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada warga SMK Darul Ridwan, BSMM SMK Taman Panglima, Badan Kebajikan & Keluarga ABIM (BAKA), Badan Guru & Staf (BAGUS), penaja-penaja, dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung.

Terima kasih.
















































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN