MESYUARAT AGUNG BAKA KE-6










Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera diucapkan kepada semua pengikut laman blog SERI TAIPING.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dgn limpah kurniaNya serta inayahNya diizinkan agar Mesyuarat Agung BAKA Kali Ke-6 dapat dijayakan dengan sempurna.

Lafaz terima kasih diucapkan khususnya kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa tetap BAKA 2015-17 serta para guru dan sokongan kuat daripada ibubapa bagi melaksanakan mesyuarat terpenting ini.

Majlis kali ini dimulakan pada jam 3.30 ptg di Dewan Baharu SERI Taiping dengan alunan doa daripada adik Nur Iman Jannah Bt Mohd Bakri serta terjemahan dibaca oleh Adik Khairunnisa Auni bt Khalid.

Mesyuarat kali ini disempurnakan oleh Tuan Haji Mustaffa bin Bakar, Setiausaha Agung WADAH Negeri Perak merangkap Ahli Jemaah Pengurusan SERI Taiping. 

Nampaknya, sambutan kalini amat-amat memberangsangkan serta dapat memuaskan hati kedua-dua pihak termasuk para ibubapa, guru-guru dan AJK BAKA sendiri.

Pelbagai isu yang diketengahkan dalam mesyuarat kali ini termasuklah isu semasa, isu keselamatan, kesihatan, kebajikan dan keadilan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif berunsurkan addiniah dan duniawi.

Insya-Allah, segala teguran , pandangan dan cadangan yang dikemukakan akan dilaksanakan mengikut peringkat dalam jangka masa terdekat. Aaamiin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH