SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH PADA SESI 2016



Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pengikut setia laman blog SERI Taiping.

Alhamdulillah, tahun 2015 telah pun  melabuhkan tirainya. Kini, 2016 meniti dinihari. Kian menanti kenangan abadi.

2016 datang mengikut jadual. Tepat 4 Januari 2016 murid-murid dan guru-guru bersedia untuk melaksanakan tugas masing-masing.

Tahun ini juga menyaksikan beberapa perubahan pentadbiran iaitu, Guru Besar Tuan Haji Abdul Hamid Bin Ali menggantikan Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah yang mentadbir SERI Taiping daripada bermulanya penubuhan sekolah ini sehingga hujung 2015.

Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum masih kekal pada orang yang sama. Bezanya, pada tahun 2016, wujudnya Penolong Kanan Addiniah yang menekankan bahagian agama, addin dan tauhid. Pemegang amanah yang sulung untuk jawatan ini ialah Puan Noor Addri Suzzana binti Mohd Adnan. Insya-Allah, moga-moga dengan beberapa perubahan  ini dapat meningkatkan lagi tahap pencapaian murid pada tahun ini.

Akhir kata, selamat menjalankan tugas pada tahun 2016. Semoga dilimpahi rahmatan lil'alamin..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN