LARIAN MERENTAS DESA DAERAH LMS






Assalamua'alaikum WBT dan Salam Hormat.

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya SERI Taiping mengorak selangkah lagi dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Kalah menang bukan ukurannya. Semangat dan jati diri yang dipertaruhkan. Nilai kestabilan dan toleransi yang dipupuk daripada sekolah itulah sebenarnya yang mahu ditonjolkan seperti slogan sekolah "Menjadikan Sekolah Unik, Cemerlang dan Terbilang".

Ternyata, slogan itu membuahkan hasil. Apa yang dicapai itu sebenarnya hasil semangat kerjasama dalam kalangan guru dan murid itu sendiri. 

Slogan sekolah yang disokong pula slogan "Kokurikulum Aktifkan Modal Insan" yang diperkenalkan sejak 2013 telah membuka ruang kepada murid dalam melaksanakan pembangunan kurikulum mahupun kokurikulum.

Seperti mana yang admin tahu, larian merentas desa ini disertai oleh 39 buah sekolah menengah dan 87 buah sekolah rendah seluruh LMS.

SERI Taiping menghantar 4 orang peserta lelaki terdiri daripada Muhammad Azham bin Azizul, Zairul Eqhwan Haqiemy bin Abdullah, dan Muhammad Azri Danish bin Mohd Rizal.

Dalam perlawanan ini, hanya Nur Ihtisham Daniel b. Nur  Syah Erwan sahaja yang dapat menempa nama. Beliau mendapat nombor 30 daripada 210 orang peserta lelaki bawah 12 tahun. 

Apa-apa pun, tahniah kepada semua atlet yang terlibat ! Anda sememangnya mengharumkan nama SERI Taiping !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN