PELANCARAN BLOG RASMI SEKOLAH







Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Hari ini, dijadualkan untuk melancarkan Pelancaran Laman Blog Rasmi seritaipingperak.blogspot.my dilancarkan oleh Guru Besar, Tuan Haji Abdul Hamid bin Ali pada perhimpunan mingguan berkenaan.

Walaupun laman blog ini telah lama memberi info kepada warga SERI Taiping, tetapi tujuan pelancaran ini pula adalah untuk memperkenalkan laman ini kepada semua murid khususnya para ibu bapa mengenai pergerakan sekolah secara langsung.

Laman blog ini dicetuskan oleh PK Kokurikulum sejak 2014 lagi. Hasil daripada penulisan di laman blog inilah, para ibu bapa serta waris murid dapat mendapatkan info berkaitan aktiviti sekolah, aktiviti BAKA, program-program sekolah dan lain-lain.

Laman ini menghubungkan antara semua sekolah di bawah naungan Yayasan Takmir Pendidikan sama ada di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan. Laman ini juga sedikit sebanyak membantu para ibu bapa serta simpatisan yang cenderung serta golongan elit yang lebih aktif dengan ABIM untuk mengetahui pelbagai aktiviti yang dianjurkan sekolah.

Adalah diharapkan dengan pelancaran blog ini dapat menyempurnakan ilmiah sama ada duniawi mahupun ukhrawi dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya para murid, ibubapa, guru-guru dan ahli ABIM itu sendiri.

Terima kasih kerana menyokong SERI Taiping. 
Teruskan menyokong.

Tanpa anda, kami tidak akan dapat berdiri teguh  seperti hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN