Catatan

MAJLIS MOHON RESTU UNTUK PEPERIKSAAN AWAM

Imej
Assalamualaikum WBT.  Majlis Mohon Restu untuk peperiksaan UPSR, UPKK, SPRA, SRAI & SPI diadakan hari ini untuk memberi penghormatan akhir dan membina semangat kepada semua murid tahun 5 dan 6. Majlis ini di bawah pengurusan organisasi Jabatan Hal Ehwal Murid, Jabatan Akademik dan Jabatan Addiniah. Majlis ini disempurnakan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Hamid bin Ali pada seawal jam 7.50 pagi di dataran perhimpunan. Diharapkan dengan majlis seumpama ini dapat memberi motivasi kepada anak-anak ini sekali gus menaikkan semangat kepada mereka. SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN. IKHLAS DARIPADA WARGA SERI TAIPING.

PENYAMPAIAN HADIAH KEMERDEKAAN KE-60

Imej
Assalamualaikum WBT. MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! Itulah laungan yang bergema pagi ini. Laungan penutup oleh Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hamid bin Ali, Guru Besar SERI Taiping bagi gimik penutup Sambutan Kemerdekaan 2017 kali ke-60. Sempena dengan majlis ini, Jabatan Kokurikulum telah menyediakan hadiah-hadiah bagi semua acara yang dipertandingkan sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan tanah air ke-60 yang lalu.  JUARA MENJAWAB KUIZ PERHIMPUNAN JUARA PERTANDINGAN MEWARNA, MELUKIS, SILANGKATA, KOLAJ & MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI JUARA PERTANDINGAN MEMPERAGAKAN PAKAIAN JUARA DAN NAIB JUARA PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK JUARA HIASAN KELAS TAHAP 1 DAN 2 Laungan MERDEKA sebanyak 3 kali bagi menutup program-program kemerdekan ke-60 oleh Guru Besar Sekian sahaja untuk kali ini. Sekian, Assalamualaikum WBT.