JELAJAH ANA MUSLIM KE SERI TAIPING

Assalamualaikum WBT.

Hari ini, Majalah Bersiri Popular, ANA MUSLIM datang menjelajah ke SERI TAIPING.

Siri Jelajah ini dikatakan yang pertama di Taiping. Alhamdulillah, SERI TAIPING merupakan sekolah pertama yang dijejaki ANA MUSLIM di Bandar Warisan ini. Bertuah anak-anak SERI TAIPING.




Siri jelajah ini bermula pada jam 11.00 pagi dengan memperkenalkan semua siri ANA MUSLIM yang diterbitkan. Kemudian, aturcara berikutnya diteruskan dengan Pertandingan Mewarna Kategori Tahap 1 manakala Pertandingan Menjawab Kuiz Kategori Tahap 2. 












Sesi bergambar bersama maskot ANA MUSLIM diadakan sejurus sahaja selesai semua pertandingan tersebut. Jualan-jualan buku serta aksesori alat tulis turut mewarnai program hari ini.

Mewakili sekolah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak ANA MUSLIM kerana sudi menyantuni kami di SERI TAIPING. Maaf andaikata ada silap dan salah kami sepanjang melayani anda di sini. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH