IFTAR JAMA'IE, MAJLIS KHATAM AL QURAN SERTA PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK-ANAK YATIM

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Ramadan Al Mubarak 1439 Hijrah.

Alhamdulillah, hari ini Jabatan Addiniah di bawah kelolaan Puan Noor Addri Suzzana bt Mohd Adnan dengan kerjasama Badan Guru & Staf (BAGUS), Badan Keluarga dan Kebajikan (BAKA) majlis berbuka puasa (Iftar Jamaie), Majlis Khatam Al Quran dan Penyampaian Sumbangan Anak-Anak Yatim dapat dilaksana dengan lancarnya.









































Kehadiran kali ini amat-amat menggalakkan iaitu sekitar 250 orang termasuk murid, ibubapa, ahli keluarga guru, lembaga pengurusan sekolah serta ahli-ahli ABIM Daerah Taiping.

Majlis dimulakan dengan tadarus dan khatam al Quran yang dikendalikan oleh Us Mohd Haziq b. Mohd Sinar. Dituruti dengan majlis penyampaian sumbangan untuk anak-anak yatim dari BAKA. Pada jam 6.50 petang, Us. Adnan b. Chi Isa, Imam Masjid Al Hidayah Taiping dijemput memberi sedikit tazkirah sebelum doa dan tahlil diteruskan.

Majlis begitu baik seperti mana yang telah direncana. Pada jam 7.30 malam, ibubapa berbuka dengan buah tamar serta air mineral sementara murid diarahkan berbuka dahulu dengan guru yang bertugas. Selesai ibu bapa dan para tetamu solat maghrib, murid pula disuruh solat maghrib berjemaah.

Majlis berakhir pada jam 10.30 malam setelah solat lsyak dan Terawih selesai.  Terima kasih kepada semua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN