MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS, PSS DAN KETUA KELAS 2018

Assalamu'alaikum WBT.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, PSS dan Ketua Kelas telah disempurnakan mengikut jadual ditetapkan.

Lafaz kesyukuran ini dipanjatkan atas nikmat kepada Allah SWT yang telah memudahcarakan perjalanan majlis bermakna ini. 


Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Ketua Kelas masing-masing mempunyai tanggungjawab serta komitmen yang tinggi dalam mengemudi sebuah organisasi yang bermatlamatkan aspirasi disiplin. Sungguhpun mereka telah menjalankan tugas mereka sejak 5 bulan lalu, namun anak-anak yang diberi tanggungjawab ini tidak pernah merungut apatah lagi mengambil sikap sambilewa. 
























3 Organisasi terbesar ini mampu mencorakkan disiplin SERI Taiping ke arah kegemilangan dan membina matlamat "Melahirkan Insan Soleh & Musleh" yang tersergam gah pada lambang lencana ini dapat direalisasikan. Usaha-usaha anak-anak ini  janganlah kita memandang remeh dan tidak peduli. Seharusnya kita dengar dan berbincang atas apa yang mereka kehendaki.
























Majlis disempurnakan dengan penganugerahan Watikah Pelantikan kepada Pengawas Sekolah yang diketuai oleh Muhd Faizi b. Mohd Rizal oleh Tn. Hj. Abdul Hamid b. Ali. Diikuti dengan pemberian Watikah Pelantikan PSS oleh Cik Nurul Husna Abu Bakar yang diketuai oleh Wan Mohd Rasydan b. Wan Mahyuddin serta pemberian Watikah Pelantikan Ketua Kelas dan tanda nama Ketua Kelas oleh Puan Lizawati bt. Shari, Penolong Kanan HEM. 

Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 8.50 pagi. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN