TEMASYA SUKAN KALI KE-16

Bismillahiraahmanirahim. 

Assalamualaikum WBT dan Salam Setia kepada semua pengunjung yang tak jemu-jemu memberi sokongan padu kepada SERI Taiping.

Teka - teki rumah manakah yang bakal membawa pulang piala "pusingan" johan keseluruhan sudahpun terjawab. Rumah Ibnu Hibban tahun ini menjulang piala kemenangan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-muridnya, tak lupa pada guru-guru rumah sukan Ibnu Hibban.























































Temasya sukan kali ini dimulakan seawal jam 7.45 pagi. Pada mulanya, Encik Yusof bin Hj Ahmad selaku Penyelia Sukan PPD LMS yang bakal merasmikan Temasya Sukan ini, namun atas kekangan masa dan hal yang tak dapat dielakkan, tempat beliau terpaksa digantikan dengan Tn Hj Mustaffa bin Bakar, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah.

Walau bagaimanapun, temasya kali ini dijalankan dengan baik sekali sungguhpun terdapat beberapa hal yg tak dapat dielakkan. 

Acara perbarisan membuka tirai kali ini. Berbeza dengan sukan-sukan yang lepas, kali ini ditampilkan Unit Beruniform BSMM dan Taekwondo mengetuai kontijen-kontijen rumah sukan. 

Selesai acara perbarisan, lafaz ikrar kejohanan oleh Muhammad Azfar b. Mior Razlan dilaungkan. Setelah itu, nyanyian lagu-lagu protokol dimainkan. 

Seterusnya, padang dibuka dengan acara balapan tahap 1 dan 2. Diikuti dengan acara - acara sukaneka yang disediakan oleh guru SERI TAIPING. Acara kemuncak, iaitu ibu segala acara (FUTSAL) dilaksanakan di hujung padang. Untuk pengetahuan, peringkat suku dan separuh akhir telahpun dilaksanakan oleh guru pada latihan sukan yang lalu.

Upacara penyampaian hadiah mula disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Ali tepat jam 11.30 pagi, diikuti dengan penyampai-penyampai lain bersama acara-acara lain. 

Tahniah diucapkan kepada semua ibu bapa dan waris kerana memberi sokongan hebat pada temasya kali ini. Moga-moga temasya sukan ini bukanlah inginkan kemenangan semata-mata, tetapi hubungan sesama ibu bapa dan warga sekolah terus kekal abadi sampai bila-bila. 

Mewakili pentadbiran dan penyelaras program, andaikata ada keterlanjuran kata dan kebobrokan tingkah laku, pohon ampun dan maaf zahir dan batin sepanjang mengendalikan Temasya Sukan Ke-16 ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, yang buruk itu datangnya daripada kecuaian & kealpaan kami sendiri. 

Terima kasih.

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH