KEM TAUTAN UKHWAH SIRI 1

Assalamualaikum WBT, Salam Bahagia dan Salam Ukhwah.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah wabihi nasta'in. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya serta izinNya dapat kita selesaikan Kem Tautan (KEMTA) Ukhwah Siri 1 bagi tahun 2017.






































Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada Barisan Jawatankuasa Induk, PK Kokurikulum SERI Addiniah, Encik Saipoul Md Isa dan PK Kokurikulum SERI Mutiara, Encik Muhammad Izhar Salim. Tak lupa juga kepada 10 penggerak yang menjadi nadi prgoram melalui Ketua Fasilitator, Saudara Muhammad Amir bin Rahim.

KEMTA adalah hasil perbincangan 3 PK Kokurikulum yang berpandangan bahawa ukhwah sesama sekolah-sekolah agama integrasi amat perlu lebih-lebih lagi dalam menuju negara yang semakin ke depan di hari muka. Ukhwah dalam kalangan guru sudah lama terjalin dan dibentuk melalui program-program dalaman seperti kursus, bengkel, seminar, mesyuarat dll. Lantas, kami menjana idea supaya ukhwah ini diperluaskan lagi dalam kalangan anak-anak di peringkat zon dahulu.

Untuk menjayakan program, SERI Taiping menjadi tuan rumah untuk siri sulung ini. SERI Taiping tidak mengalah malahan menyahut seruan itu dengan tangan terbuka. Kami juga memulakan dengan 3 buah sekolah dahulu sebagai asas dan panduan untuk siri-siri yang akan datang.

KEMTA edisi sulung ini dijalankan selama 3 Hari 2 Malam di Trong, Perak. Tuan Rumah yang diberi mandat memilih tempat yang dikelilingi hutan belantara yang jauh dari kesibukan kota. Aktiviti yg dirancang bakal dipersembahkan bagi mengutamakan keserasian murid dalam mengalami persekitaran berbeza.

Untuk rekod, KEMTA Siri 1 dijayakan oleh 13 Guru Pengiring, 11 Fasilitator, 78 peserta. Pengarah Program yg juga merupakan PK Kokurikulum SERI Taiping diberi mandat untuk menyelaraskan segala program yang dijadualkan. Kem Komandan diserahkan kepada Encik Shahrul bin Sahar yg juga merupakan S/U Kokurikulum SERI Taiping.

Aktiviti di sini kebanyakannya merupakan aktiviti menguji pertahanan diri, jati diri dan lambang keutuhan peribadi. Antaranya, jungle trackking, jati diri 1 dan 2 dan aktiviti dalaman. Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Mohd Fadzil Alias, Pengerusi Majlis Pentadbir Sekolah Islam (MPSI) Malaysia merangkap Guru Besar SERI Mutiara.

Tahniah diucapkan kepada para peserta, guru-guru pengiring, saf fasilitaor dan semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tak langsung. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN