MAKLUMAT PENDIDIKAN SERI TAIPING

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana limpah kurnia-Nya  SERI Taiping dapat mengorak langkah dalam arus pendidikan global.

Sejak akhir-akhir ini, panggilan telefon mencurah-curah disambut oleh SERI Taiping. Sambutan yang sangat baik dalam kalangan ibu bapa untuk mendedahkan anak mereka kepada ajaran Islam sangat meningkat secara drastik.

Kali ini, admin akan meletakkan bagaimana sistem kami bersidang secara langsung dan tidak langsung.

Sesi Persekolahan :
7.45 pagi hingga 4.30 petang

Yuran Bulanan:
RM 200.00
( Makanan Disediakan Pagi dan Tengah Hari )
Rehat Pagi (Tahap 1)    - 9.50 pagi
Rehat Pagi (Tahap 2)     - 10.20 Pagi
Rehat T/Hari  -  1.10 Tengah Hari

Silibus Akademik:
Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia
(BM, BI, Sains, Sejarah, Matematik, RBT, TMK, B. Arab, Pend. Islam)

Silibus Agama (Kelas Agama Fardu Ain - KAFA) :
Mengikut Jabatan Agama Islam Perak
(Sirah, Al-Quran, Lughatul Quran, Ibadah, Akidah, Adab, Jawi)

Silibus Agama (ABIM) :
Mengikut Silibus Ditetapkan pihak Yayasan Takmir Pendidikan
(Hadis, Tafsir Al-Quran, Bahasa Arab, Teras Islam, Sirah, Al-Quran)

Jenis Peperiksaan Arus Perdana: 
UPKK - Ujian Penilaian Kelas KAFA (Tahun 5)
SPRA - Sijil Penilaian Rendah Agama (Tahun 5)
UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (Tahun 6)
SRAI - Sijil Rendah Agama Islam (Tahun 6)
SPI - Sijil Pendidikan Islam (Tahun 6)

Pakaian Murid Lelaki 
Isnin - Jumaat : Berbaju Kemeja Ungu, Berseluar Slack Hitam


Pakaian Murid Perempuan
Isnin - Jumaat : Set baju kurung Ungu

Aktiviti Kokurikulum
Mengikut Daerah dan Negeri ( MSSD, MSSPK, )
Mengikut Yayasan Takmir Pendidikan (Ihtifal Akademik/Sukan)

Persatuan & Kelab
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris 
  • Matematik
  • Sains
  • SPBT
  • Nasyid
  • PSS
  • Pendidikan Islam
Sukan / Permainan
  • Bola Sepak 
  • Futsal
  • Bola Jaring
  • Pingpong
  • Badminton
  • Catur
Unit Beruniform
  • Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
  • Taekwondo
  • Silat Lincah






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN