MAJLIS IHTIFAL AKADEMIK KEBANGSAAN KALI KE-16 DI JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Ihtifal  Akademik Kebangsaan anjuran YTP kali ke-16 telah melabuhkan tirainya isnin lalu, 14 Mac 2016.

Majlis yg dilangsungkan di MRSM Johor Bahru ini disertai oleh seluruh sekolah Islam di Semenanjung Malaysia. Majlis kali ini khabarnya disertai oleh 1200 orang peserta dan 110 orang guru pengiring.

Majlis kali ini bermula pada 11 hingga 14 Mac 2016. SERI Taiping menghantar 7 orang wakil untuk lawan di peringkat Kebangsaan.

Kami menghantar peserta Tilawah Al Quran, Hafazan, Menulis Khat, Syarahan BM, Bercerita kisah Al Quran, Makna Bacaan dalam Solat, Mewarna mewakili SERI Taiping. Sekolah kami hanya bernasib baik dalam acara Tilawah Al Quran dgn mendapat gelaran JOHAN.































Perjalanan dari Taiping ke JB mengambil masa 10 jam. Kami bertolak dari Taiping jam 9.00 pagi dan berhenti di RnR Sungai Perak utk bersarapan, kemudian di Sg. Buloh utk makan tengahari, kemudian di Ayer Keroh utk minum petang dan tepat jam 8.00 malam kami tiba di MRSM J. Bahru.

Hari terakhir kami mengambil peluang utk berjalan-2 di sekitar JB iaitu ke Zoo JB, Plaza Angsana, Danga Bay, Pantai Stulang dan ke Dataran JB. Budak-2 nampaknya amat gembira.

Apa-apa pun, terima kasih kepada para ibubapa, guru-guru dan semua murid yg menyertai ihtifal ini. Segala pengorbanan, kerja keras anda amatlah saya hargai dan saya dokongi. Tahniah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN