MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH













Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Selesai Tahun Baru Cina, sekolah hari ini menyempurnakan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah 2016 .

Lembaga ini dianggotai oleh dua orang guru penasihat iaitu Puan Noor Addri Suzzana binti Mohd Adnan dan Puan Siti Salwa binti Hadzir@Hathir. Mewakili murid, tahun ini Muhammad Azham bin Azizul telah dipilih menjadi ketua  pengawas sekali gus diamanahkan menjadi ketua murid. 

Majlis disempurnakan mengikut jadual. Kali ini, majlis disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Lizawati binti Shari.

Beliau mengalungkan kad pengawas kepada semua barisan lembaga pengawas serta menganugerahi mereka sekeping watikah pelantikan.

Pelantikan kali ini agak berbeza sedikit kerana pengawas diberikan kad pengawas untuk menaiktarafkan tahap pengawasan itu sendiri. Mereka seolah-olah menerima tanggungjawab dan menggalas amanah itu dengan penuh kesyukuran.

Majlis seterusnya berlangsung dengan  bacaan ikrar daripada adik Azhad bin Zaharudin, mewakili Ketua Pengawas, seterusnya akujanji di hadapan semua guru.

Majlis akhirnya disudahi dengan bacaan doa dan tamat pada jam 8.30 pagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH