MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH 2015











Assalamu'alaikum WBT dan Salam Bahagia.

Setelah berminggu-minggu berlatih, berhempas-pulas membuat persiapan, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2015 berjaya diadakan di Dewan Utama SERI Al-Ummah, Taiping pada 31 Januari 2016.

Majlis ini dihadiri oleh semua guru, penerima-penerima anugerah dan para ibu bapa yang turut memberi sokongan dan dokongan padu terhadap sekolah.

Majlis kali ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Arif bin Sa'aya, Ketua Pegawai Bahagian Jaminan Kualiti Yayasan Takmir Negeri Perak dan dihadiri oleh dif-dif kehormat yang lain seperti YDP BAKA, Encik Khalid bin Azani dan Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Mustaffa bin Bakar .

Majlis ini menyaksikan 75 penerima anugerah pencapaian akademik terbaik, sahsiah terbaik, anugerah terbilang 8A UPKK dan 5A UPSR, kehadiran penuh 100% , kebersihan kelas terbaik dan tokoh kokurikulum.

Semua penerima yang terdiri daripada warga SERI Taiping hadir untuk menerima anugerah tersebut. Sayangnya, bekas-bekas pelajar SERI Taiping tidak dapat bersama-sama dalam majlis berkenaan atas kekangan masa yang tidak mengizinkan.

Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Semuanya berjalan lancar mengikut jadual.

Mewakili sekolah, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru, murid-murid, BAKA, ibubapa, penaja-penaja, dan semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan majlis kali ini.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN