UBAHSUAI SERTA TAMBAHBAIK INFRASTRUKTUR & PRASARANA SEKOLAH

Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan.

Alhamdulillah, pada musim cuti semester akhir tahun 2016 kali ini, sekolah sekali lagi memanfaatkan masa yang ada ini untuk menambah baik pembangunan infrastruktur dan prasarana sekolah.

Penambahbaikan ini bertujuan menampung kemasukan murid - murid baharu menjelang sesi persekolahan 2017. Kemasukan kali ini begitu mendadak kerana jumlah capaian pada masa ini adalah sebanyak 25 % meningkat berbanding daripada tahun - tahun sebelumnya.

Ibubapa kini lebih utamakan pendidikan bersepadu yang berteraskan Addiniah dan Akademik. Seiring dengan itu, pemantapan dalam sahsiah dan bidang kokurikulum tidak ketinggalan. Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Perak dan Yayasan Takmir Pendidikan dititikberatkan dalam sekolah ini. 

Untuk makluman, murid - murid yang akan menjalankan sesi PdP pada tahun 2017 adalah sebanyak 215 orang, guru - guru yang diamanahkan pula adalah sebanyak 16 orang. Hal ini bermakna, pada tahun 2016, murid - muridnya menjangkau angka 158 orang sahaja. Peningkatan inilah yang menyebabkan sekolah perlu berfikir di mana ruang yang masih ada untuk menampung murid baharu.

Sekolah Rendah Islam Al-Ummah Taiping atau singkatannya SERI TAIPING merupakan sekolah agama integrasi yang berpusat di JKR 31, Jalan Assam Kumbang, 34000 Taiping Perak. Sekolah yang berusia 16 tahun ini diuruskan oleh Jemaah Pengurusan Sekolah yang dianggotai oleh sebilangan besar warga sekolah, warga ABIM Daerah dan Badan Kebajikan & Keluarga ABIM (BAKA). 

Sekolah seperti ini di Taiping, Perak hanya ada 5 buah sahaja iaitu:

     a)   Sekolah Rendah Bestari Darul Mulkan, Matang;
     b)   Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam, Taman Berkat;
     c)   Sekolah Rendah Akademik Tahfiz, Kg. Rahmat;
     d)   Sekolah Rendah Islam Al-Ummah, Assam Kumbang;
     e)   Madrasah Tarbiah Al-Islamiah, Matang

Sekolah-sekolah di atas menggunakan model dan modul yang sama sejajar dengan pembangunan pendidikan nasional bertunjangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Walaupun sekolah-sekolah ini memberi saingan kepada SERI TAIPING, namun SERI TAIPING tetap berdiri teguh dan terus istiqamah meneruskan agenda pendidikan duniawi dan ukhrawi.

 Memperbesar Ruang Kantin

 Membina Kelas

 Kelas Gabungan 



Pondok Rehat

Dengan semangat dan azam yang baru, berpaksikan slogan "MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERILMU & BERTAKWA", warga sekolah amat mengalu-alukan para ibu bapa, pemerhati, warga sekolah sendiri, warga ABIM seterusnya masyarakat di luar sana sama-sama menyumbangkan idea, kritikan serta pandangan untuk menjadikan SERI TAIPING sebuah institusi yang kekal relevan selamanya.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH