TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-14

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pengikut setia laman blog SERI Taiping.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dan perkenanNya, dapatlah SERI Taiping mengadakan Temasya Sukan Tahunan Buat Kali Ke-14 sesi 2015 dengan jayanya.

Lafaz terima kasih juga ditujukan khas buat semua Badan Guru dan Staf (BAGUS) SERI Taiping yang bertungkus-lumus menyipkan tugasan masing-masing demi menjayakan sukan tahunan pada kali ini baikpun sebelum, semasa dan selepas acara dipertandingkan.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Perasmi, Tuan Haji Mohd Nasir bin Kamarudin, Pengarah YTP Perak, Tuan Haji Mustaffa bin Bakar, Pengerusi Jemaah Pengurusan SERI Taiping, Encik Khalid bin Abdul Azani, YDP BAKA, Tuan Haji Ab Rahman bin Abdullah, Guru Besar SERI Taiping, para hakim, ibubapa, sukarelawan dan pasukan BSMM SMK Taman Panglima, seterusnya para penaja dan  penyumbang yang tidak putus-putus melimpahkan sebahagian rezeki kepada anak didik SERI Taiping.

Acara dimulakan tepat pada jam 8.30 pagi dengan lintas hormat daripada semua kontinjen rumah sukan, bacaan ikrar dan ucapan perasmian.  

Selesai semua upacara perasmian dan penyerahan cenderamata, acara balapan 50m pun dimulakan. Seterusnya larian 100m, akhirnya 4X100m.

Acara sukaneka daripada semua murid yang mengambil bahagian turut mendapat perhatian daripada para ibubapa. Acara yang menutupi temasya pada kali ini ialah acara ibubapa yang disuruh mengisi air dalam botol menggunakan belon.

Kemuncak temasya kali ini adalah upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Temasya sukan kali ke-14 ini menyaksikan Pasukan Rumah Merah muncul sebagai JUARA, manakala Rumah BIRU dinobatkan sebagai NAIB JUARA, tempat ketiga disandang oleh Rumah Hijau, dan yang mungkin kurang bernasib baik pada tahun ini ialah Rumah Kuning.

Acara pada kali ini dianggap tersusun dan kemas serta mendapat pujian daripada para ibubapa yang turut memberi sebarang idea dan pandangan kepada pihak sekolah. Walaupun secara sederhana, tetapi apa yang paling penting ialah semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh para pelapis yang akan mewarnai dunia sukan pada masa akan datang amat memuaskan dan komitmen yang diberikan amat luar biasa. 

Mewakili Unit Sukan dan Kokurikulum, sebarang kesilapan, kecuaian, kekhilafan dan kekurangan datangnya daripada kelemahan kami sendiri, manakala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT. Wassalam.























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH