PROJEK TAHUN ENAM SELEPAS UPSR

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera diucapkan kepada semua peminat setia yang mengikuti laman blog SERI Taiping ini.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya, keizinan dan kerahmatan daripadaNya aktiviti di bawah naungan Unit Kokurikulum dengan kerjasama Panitia RBT dan K. Hidup dapat disempurnakan dengan jayanya.

Lafaz terima kasih ini ditujukan khas buat semua warga kelas  6 Abu Hurairah dan semua guru yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. 

Di sini, admin akan ceritakan sedikit mengenai program lepasan UPSR yang dirangka pada tahun ini.

Nama Projek : Cetakan Pada Fabrik
Guru Penyelaras : Cikgu Amir Akhmal b. Baharin
Sasaran : Semua Murid Tahun 6
Bahan Digunakan : 
1. Kertas Cetakan
2. Printer Inkjet Colour
3. Kain
4. Seterika
Anjuran : Unit Kokurikulum dengan kerjasama Panitia KH

Semua murid tahun 6 berjaya melaksanakannya dengan sukses. Mereka amat-amat berpuas hati dengan hasil tangan ciptaan mereka sendiri itu. Tahniah diucapkan kepada semua sama ada secara langsung atau tidak langsung.






















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN