TEMASYA SUKAN TAHUNAN KE-13



































بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, setelah bersusah-payah membuat latihan, bertungkus-lumus berminggu-minggu mengadakan latihan secara bergilir-gilir, berpenat lelah kami para guru. Akhirnya tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Hari ini, tanggal 16 November 2014 bersamaan 23 Muharram 1436 Hijrah, hari Ahad adalah hari yang ditunggu-tunggu sekian para guru, murid-murid dan ibubapa. Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-13 yakni acara sukan yang melibatkan ibubapa, guru dan murid-murid.

Acara sukan kali ini dirasmikan oleh Tuan Haji Iqbal Shah bin Abdul Ghaffore, Ketua Kampung JKKK Mukim Assam Kumbang. Temasya ini turut dimeriahkan oleh Tuan Haji Abdul Mohsin bin Musa, Timbalan YDP ABIM Daerah Taiping, Encik Khalid bin Abdul Azani, YDP PIBG SERI Taiping.

Acara bermula tepat pada jam 8.45 pagi dengan perbarisan dari rumah-rumah sukan. Kemudian, majlis diteruskan dengan upacara bacaan ikrar daripada Ketua Pelajar, Adik Mohd Al Fateh bin Khalid. Seterusnya, majlis pembacaan doa pembukaan daripada Ustaz Hj Mohamed Said bin Abu Bakar.

Majlis diteruskan dengan ucapan guru besar, Tim. YDP ABIM Taiping, dan ucapan perasmian daripada tetamu jemputan. Selesai kesemua tetamu VIP berucap, acara BALAPAN pun bermula.

Tahun ini acara yang dipertandingkan ialah acara,
  • Balapan 50 m Tahap 1 Lelaki dan Perempuan
  • Balapan 100 m Tahap 2 Lelaki dan Perempuan
  • Balapan 4 X 100 Tahap 2 Lelaki dan Perempuan
  • Bawa bola pingpong dengan sudu guna mulut Tahap 1 Lelaki dan Perempuan
  • Isi air dalam botol guna span Tahap 1 Lelaki dan Perempuan
  • Mencari harta karun Tahap 1 Lelaki dan Perempuan
  • Bawa bola menggunakan gelung rotan Tahap 1 Lelaki dan Perempuan
  • Isi air dalam botol guna tangan Tahap 2 Lelaki dan Perempuan
  • Larian halangan Tahap 2 Lelaki dan Perempuan
  • Lari sambil berskipping Tahap 2 Lelaki dan Perempuan
  • Tarik Tali
Kesemua acara berakhir tepat pada jam 12.45 tengah hari. Majlis penyampaian hadiah terus disempurnakan selepas tamat semua acara.  Johan keseluruhan tahun ini ialah Rumah Hijau. Johan kawad kaki pula disandang oleh Rumah Kuning. Majlis bersurai tepat pada jam 1.30 petang. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN