MAJLIS MOHON RESTU 2019

Assalamualaikum WBT.

Berpuput - puput si angin bayu 
Beralih arah membawa ke Pekan
Selesailah sudah mohon restu
Perjuangan diteruskan minggu hadapan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan inayah dan limpah kurnia-Nya Majlis Mohon Restu untuk pelajar tahun 5,6 telah berjaya dilaksana mengikut susunan tentatif yang direncanakan.



Program saban tahun ini yang dianjurkan oleh Jabatan Kurikulum dan Jabatan Addiniah ini bertujuan untuk memberi kekuatan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan di samping memberi sokongan berterusan daripada pihak sekolah. Di samping itu, ia juga dapat menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada semua guru serta membina hubungan erat sesama pelajar dan guru supaya berlapang dada menjelang peperiksaan UPSR, UPKK, SPRA, SRAI & SPI.
































Program dimulakan dengan ucapan Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu Nurul Husna diikuti dengan amanat dan pesanan daripada Tuan Haji Abdul Hamid bin Ali, Guru Besar. Di samping itu, Penyerahan sumbangan alat tulis daripada ABRAR serta mohon restu terus dijalankan.

Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar dan sesi bergambar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN