IFTAR JAMAIE DAN MAJLIS KHATAM AL QURAN 1440H / 2019M

Assalamualaikum WBT, 
Salam 18 Ramadan 1440H.

Alhamdulillah, merafak sembah takzim dan kesyukuran kerana dengan limpah kurnia-Nya, inayah-Nya jualah Majlis Iftar Jamaie serta Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah dapat dilaksanakan mengikut jadual direncana.




Sesungguhnya, jika tiada ikatan kasih mesra sesama guru dan jalinan ukhwah bersama ibu bapa, program seumpama ini tidak akan dapat dilaksana sejaja dengan objektif yang telah didrafkan.



























































Program yang saban tahun diadakan ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim sesama guru dan murid, malah turut mengeratkan silaturahim antara guru-guru SERI dan TASKI, Ibubapa SERI dan agensi-agensi ABIM Daerah Taiping khususnya.

Selaku pengemudi majlis, Puan Noor Addri Suzzana bt Mohd Adnan yang merupakan PK Addiniah telah banyak menyumbang masa dan tenaga bagi melatih, membimbing dan membuat perancangan awal bagi melicinkan urusan khatam al-Quran bagi semua murid yang menyertai. Beliau juga bertungkus-lumus menyusun aturcara bagi melaksana program yang bakal dijalankan. Tahniah diucapkan!

Program dijalankan dengan ucapan daripada Guru Besar, Tuan Haji Abd. Hamid bin Ali diikuti dengan Us. Adnan bin Chi Isa yang terus memimpin khatamis Al Quran sehingga selesai. 

Selesai sahaja Majlis Khatam Al Quran, penyampaian sumbangan anak yatim dari  Masjid Al Hidayah kepada 5 orang anak yatim sekolah ini terus dijalankan. Kemudian, sumbangan kutipan daripada BAKA juga turut diberikan kepada anak yatim. 

Alhamdulillah. Selesai semuanya, Tuan Haji Mustaffa b. Bakar selaku Pengerusi YTPN Perak menyampaian cenderahati kepada semua murid tadarus dan khatamis al Quran. 

Majlis berakhir pada jam 8.30 malam. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN