LAWATAN KE TERENGGANU & KELANTAN ANJURAN JAB. KOKURIKULUM DAN BAKA
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Alhdamdulillah. Berjaya juga akhirnya BAKA dengan kerjasama Jab. Kokurikulum menganjurkan lawatan Mahabbah di Terengganu dan Kelantan pada tahun ini. Seraya dengan itu, penglibatan daripada ibubapa juga dalam misi melawat kedua-dua negeri pantai timur itu turut berjaya dan amat menggalakkan. Kami bertolak jam 10.30 malam pada 12/10/2018 dari SERI TAIPING terus menuju ke Terengganu. Lebih kurang 10 jam perjalanan, ki berhenti rehat di sebuah masjid di daerah Jertih, Terengganu. Kemudian terus ke Taman Tamadun Islam, River Cruise, Masjid Kristal serta Monumen TTI. Sehabisnya kami di sana, kami dibawa melawat ke De Arfa Batik, iaitu tempat pengeluaran batik Terengganu. Sesudah itu, tempat yang wajib dilawat mestilah di Pasar Payang. Banyak barang yang murah di sana. Jam 7.00 malam kami bergerak ke Kelantan. Dengan badan yang agak letih, jam 11.00 malam kami tiba di Wakaf Che Yeh, berhampiran dengan penginapan kami....