KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK & ADINIAH TAHUN 5 DAN 6

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulilah. Berlimpah rahmat kepada Allah SWT kerana perkenan daripada-Nya, Kem Kecemerlangan Akademik & Addiniah (UPSR & UPKK) dapat dilaksana dengan jayanya selama 3 Hari 2 Malam (7-9 Sept. 2018).

Lafaz terima kasih ini juga tentunya diberikan kepada Hj. Abdul Hamid b. Ali selaku Guru Besar serta Puan Puziah bt Majid serta Puan Rosnah bt Saad selaku 'orang kuat' dalam menentukan hala tuju kem ini.


Kem kecemerlangan akademik & addiniah ini fokus untuk murid tahun 5 dan tahun 6 yang bakal menduduki UPSR, UPKK dan SPRA nanti. Dengan berbekalkan pengalaman, ilmu dan pengetahuan, semua guru yang dijadualkan mengikuti kem kali ini turut sama berganding bahu menjayakannya.












Secara umum, kem ini khusus dan fokus kepada peperiksaan, teknik menjawab, soalan-soalan KBAT, soalan spot dan berbagai-bagai lagi. Selain itu, murid-murid tentunya didedahkan  dengan pemakanan seimbang, budaya disiplin, setiakawan, adab, serta tanggungjawab sebagai seorang anak, murid dan hamba Allah.

Secara total, objektif & rasional kem ini sangat berinspirasi dan dianggap berjaya kerana bukan sahaja dapat membina akhlak, malah berbudaya yang bersifat kolektif dan kompetetif. Terima kasih diucapkan kepada BAKA, BAGUS, MKK, Jabatan Akademik, HEM dan Addiniah kerana bersama-sama menjayakannya.


Ulasan

  1. Terima kasih guru guru dan pentadbir. Moga Allah memudahkan urusan kalian semua

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN