SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2017

Assalamualaikum WBT dan Salam Aidilfitri.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta inayah daripada-Nya SERI TAIPING telah berjaya mengadakan Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah.


































Program anjuran sekolah yang diberi kepercayaan kepada Badan Guru dan Staf (BAGUS) kali ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Majlis ini bertujuan merapatkan silaturahim sesama guru dan murid sekali gus mengelakkan jurang antara guru dan para murid. Murid-murid juga "beraksi" dengan pakaian raya masing-masing dan menunjukkan fesyen dan gaya mengikut rentak masing-masing. 

Kali ini, BAGUS membuat pertandingan bagi mengelakkan murid-murid berasa bosan. Pertandingan ini bertujuan menggalakkan murid mengetahui kuih tradisional melalui "Teka Kuih Raya" untuk tahap 2 dan pertandingan "Pakaian Glamor" untuk tahap 1.

Pada sesi terakhir, murid yang memenangi pertandingan diumumkan pada perhimpunan penutup. Majlis ditangguhkan pada jam 12.10 tengah hari.

Terima kasih, 
Salam Aidilfitri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN