KOKURIKULUM : PRAKTIKAL KERETA DALAM LITAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengikut setia laman blog rasmi SERI Taiping.

Dipasang sudah, dihias pun sudah,
Ditambah seri dengan "sticker",
Kini masanya untuk menerjah,
Hati tak sabar nak tunjuk hebatnya.

Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid SERI Taiping amnya, murid-murid tahap 2 khususnya.

Mana taknya, mereka diberi peluang untuk menghasilkan kereta pasang sendiri menggunakan kreativiti dan idea masing-masing. Aktiviti sihat ini sebenarnya ingin menghasilkan murid yang berdaya saing, tajam pemikiran dan menjadikan murid lebih kreatif dan kritis. 

Acara yang sempat dibuat tadi adalah aktiviti memasang model kereta dalam masa 20-30 minit . Seterusnya, menggunakan litar professional yang disediakan oleh pihak GENG TAMIYA TAIPING . Sesi soal jawab dan kuiz juga dapat dilaksanakan walaupun masa agak terhad. Syabas diucapkan!













Masa bersurai tepat pada jam 5.00 petang. Murid-murid nampaknya berpuas hati dengan hasil kerja mereka dan pulang dengan kegirangan .

Terima kasih ditujukan kepada para guru, murid-murid dan GPK Kokurikulum dan yang terutama GURU BESAR, TUAN HAJI ABDUL HAMID BIN ALI kerana menyokong kelab ini menjengah masuk ke SERI Taiping. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN